Bunga-Bunga

Ahad, 17 Februari 2013

Jodoh Family ( Mom & Dad )


Tetiba hari nie tergerak nak tulis Blog yang telah sekian lama jugak la menyepi. HAHA. Biasala nama pun student last sem. Sedikit la siboknya. Yang selebhnya tue buat-buat sibok je.

So, sekarang nie aku nak menceritakan pasal jodoh. Jodoh yang ditentukan oleh Allah kepada makhluknya. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Aiceeeh. Biasala ayat berbelit-belit becoz aku pun pening sikit sejak akhir-akhir nie. Setiap orang menginginkan jodoh sehingga ke LuhMahfuz. Amin. Aku pun nak jugak. Hee.






Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan yang sangat meminati Dato Jin Shamsudin. Gilalah mabuk kepayang. Setiap gambar, setiap konsert pasti dia akan hadirkan diri untuk mengetahui perkembangan artis yang dipujanya. *Okey ka ayat aku nie? Setiap yang dilakukan oleh artis tersebut pasti membuatkannya tertunggu-tungu untuk berjumpa dihadapan matanya sendiri. Masa tue usia perempuan nie terlalu muda. Kalau tak silap umur 15tahun macam tue la.

Oleh yang demikian, *ah ayat apa pulak nie? Setiap perempuan yang ingin berjodohan mestilah ada lelaki. Toink-toink. Lelaki nie seorang askar yang di khaskan untuk bekerja di Sarawak. Menjadi angkatan tentera Malaysia. Dulu orang bukan panggil angkatan tentera Malaysia. Orang panggil apa tah? Sekarang nie dah jadi veteran angkatan tentera Malaysia. Perempuan tadi ada artis yang dipujanyakan? So yang lelaki nie pun ada juga artis yang dipujanya iaitu Dato Syarifah Aini. Keinginan untuk bertemu artis pujaannya adala sedikit dan sangat tipis.

Pada tahun berapakah? Aku tidak pasti. Dato Syarifah Aini Dan Dato Jin Shamsudin mengadakan konsert di Sarawak. Oleh yang demikian selepas mengetahuinya. Sorang perempuan yang sentiasa mahu mengetahui perkembangan artis pujaannya dan kesanggupan perempuan nie kumpul duit dengan hasil jahitan baju yang diperolehi untuk memberi sokongan yang tidak terhingga kepada artis pujaannya Dato Jin Shamsudin. Memang terbaeklah. Cayalah!  

Masa di konsert tuelah perempuan dan lelaki ini bertemu. Aiyok cinta pandang pertama kah? HEHE.
Pada hari Konsert tersebut di Sarawak. Selepas Konsert tersebut.

Perempuan : Wah! Macam tak percaya ja aku dapat sampai sini. Firstime nak tengok konsert.
Di suatu sudut.

Lelaki : Ramai jugak eh orang? Bosan ja aku rasa. Baek balik tidoq pun tak pa. Esok dah nak balik semenanjung. Selesai juga tugas aku sebagai seorang angkatan tentera Malaysia.

Perempuan : Hurm. Macam mana nak balik nie. Tetiba ja aku blur dengan tempat nie. *perempuan tersebut bersendirian kerana kebingungan. Teringat ibu dan ayah dikampung. Andai anakanda tidak dapat pulang ke kampong doakan anakanda selamat disini. *Aiyok taktawu.  

Perempuan tue memang pasrah abes la. Sedih takpayah cakap la. Airmatanya sangat murah. Biasala nama pun perempuan.

Oleh yang demikian, perempuan tersebut berdiam diri dengan rintihan air mata yang tidak lagi tertanggungnya. Si lelaki yang macho ini datang dan bertanya kenapa kepada si perempuan yang sedang menangis ni. Kenapa menangis? *Perempuan nie pun boleh tahan jugak ya. Manja ka gedik dok teriak nie. Hahaha (berkatanya didalam hati.)

Abang saya baru lepas tengok konsert jin Samsudin dan nak blik semenanjung tetiba ja jadi tak ketahuan pulak dengan nada yang perlahan tetapi perkataan ABANG dan SAMSUDIN ditekankan sebab suara yang serak perempuan tersebut.

Lelaki tersebut pu pelik. Aish macam mana dia taw nama aku nie?? Aku tak cakap lagi pun. *dalam hati. Femes jugak noh nama aku. Taksangka pulak orang boleh kenai.
Selepas sesi perkenalan dan segalanya la. Kalau nak taw lebih lanjut Tanya la tuannya sendiri. My Mom And My Dad. Mereka pun pulang ke tanah semenanjung.

Tak sangka pulak tempat tinggal mereka adalah satu kampong. Haaaa. Memang dah jodoh hamper dekat dah nie. Tapi sayangnya perempuan nie pun dah dilamar oleh satu family yang ingin menjodohkan perempuan nie dengan anak mereka.

Masing-masing sedeh. Perempuan nie sedeh sebab dia nak balas budi dan jasa yang lelaki nie tolong dia semasa di perantawan. Lelaki nie suka perempuan nie saat mula-mula diorang bertemu. Allah lebih mengetahui apa yang telah dirancangkannnya.

Sebulan selepas itu perempuan tersebut pun berkahwen dengan lekaki pilihan keluarganya tanpa membantah. Terpaksalah dia melupakan lelaki yang hamper mengambil hatinya. Auwmm sedehnya. *touching jap. HAHAHA

Haaaa. Orang tua-tua cakap kalau jodoh tue memang takdapat dipisahkan. Korang nak taw lelaki yang dijodohkan dengan perempuan tersebut adalah Samsudin Jusoh. Lelaki yang membantunya masa di Sarawak. Lelaki tersebut tidak tahu family dah mencari calon isteri untukknya. Dia pasrah disebabkan perempuan tersebut telah bertunang. Namun apa yang telah dirancang oleh Allah adalah yang paling terbaek. Mereka bertemu selepas Akad nikah. Akhirnya Cinta Mereka Bersatu sehingga ke hari ini.

Usia perkahwinan mereka berusia 45 Tahun. Oppps lupa pulak nak bagitaw nama perempuan tue. Haaa. Nama dia Sharifah Mad Tahir. Bukan Syarifah Aini.

Shamsudin dan Syarifah =            1. Shaharudin Samsudin
                                                   2. Shariza Samsudin
                                                   3. Mohd Shaiful Nizam Samsudin
                                                   4. Nurul Syahida Samsudin
                                                   5. Mohd SyahriL Amir Samsudin

So, abes da cita about Cinta Para Artis. Heee. Terima Kasih Ya Allah memberikan aku keluarga yang bahagia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan