Tetiba hari nie tergerak nak tulis Blog yang telah sekian
lama jugak la menyepi. HAHA. Biasala nama pun student last sem. Sedikit la
siboknya. Yang selebhnya tue buat-buat sibok je.
So, sekarang nie aku nak menceritakan pasal jodoh. Jodoh yang
ditentukan oleh Allah kepada makhluknya. Kita hanya merancang tetapi Allah yang
menentukan segalanya. Aiceeeh. Biasala ayat berbelit-belit becoz aku pun pening
sikit sejak akhir-akhir nie. Setiap orang menginginkan jodoh sehingga ke
LuhMahfuz. Amin. Aku pun nak jugak. Hee.
Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan yang sangat
meminati Dato Jin Shamsudin. Gilalah mabuk kepayang. Setiap gambar, setiap
konsert pasti dia akan hadirkan diri untuk mengetahui perkembangan artis yang
dipujanya. *Okey ka ayat aku nie? Setiap yang dilakukan oleh artis tersebut
pasti membuatkannya tertunggu-tungu untuk berjumpa dihadapan matanya sendiri. Masa
tue usia perempuan nie terlalu muda. Kalau tak silap umur 15tahun macam tue la.
Oleh yang demikian, *ah ayat apa pulak nie? Setiap perempuan
yang ingin berjodohan mestilah ada lelaki. Toink-toink. Lelaki nie seorang
askar yang di khaskan untuk bekerja di Sarawak. Menjadi angkatan tentera
Malaysia. Dulu orang bukan panggil angkatan tentera Malaysia. Orang panggil apa
tah? Sekarang nie dah jadi veteran angkatan tentera Malaysia. Perempuan tadi
ada artis yang dipujanyakan? So yang lelaki nie pun ada juga artis yang dipujanya
iaitu Dato Syarifah Aini. Keinginan untuk bertemu artis pujaannya adala sedikit
dan sangat tipis.
Pada tahun berapakah? Aku tidak pasti. Dato Syarifah Aini
Dan Dato Jin Shamsudin mengadakan konsert di Sarawak. Oleh yang demikian
selepas mengetahuinya. Sorang perempuan yang sentiasa mahu mengetahui
perkembangan artis pujaannya dan kesanggupan perempuan nie kumpul duit dengan
hasil jahitan baju yang diperolehi untuk memberi sokongan yang tidak terhingga
kepada artis pujaannya Dato Jin Shamsudin. Memang terbaeklah. Cayalah!
Masa di konsert tuelah perempuan dan lelaki ini bertemu.
Aiyok cinta pandang pertama kah? HEHE.
Pada hari Konsert tersebut di Sarawak. Selepas Konsert
tersebut.
Perempuan : Wah! Macam tak percaya ja aku dapat sampai sini.
Firstime nak tengok konsert.
Di suatu sudut.
Lelaki : Ramai jugak eh orang? Bosan ja aku rasa. Baek balik
tidoq pun tak pa. Esok dah nak balik semenanjung. Selesai juga tugas aku
sebagai seorang angkatan tentera Malaysia.
Perempuan : Hurm. Macam mana nak balik nie. Tetiba ja aku
blur dengan tempat nie. *perempuan tersebut bersendirian kerana kebingungan. Teringat
ibu dan ayah dikampung. Andai anakanda tidak dapat pulang ke kampong doakan
anakanda selamat disini. *Aiyok taktawu.
Perempuan tue memang pasrah abes la. Sedih takpayah cakap
la. Airmatanya sangat murah. Biasala nama pun perempuan.
Oleh yang demikian, perempuan tersebut berdiam diri dengan
rintihan air mata yang tidak lagi tertanggungnya. Si lelaki yang macho ini
datang dan bertanya kenapa kepada si perempuan yang sedang menangis ni. Kenapa menangis?
*Perempuan nie pun boleh tahan jugak ya. Manja ka gedik dok teriak nie. Hahaha
(berkatanya didalam hati.)
Abang saya baru lepas tengok konsert jin Samsudin dan nak
blik semenanjung tetiba ja jadi tak ketahuan pulak dengan nada yang perlahan
tetapi perkataan ABANG dan SAMSUDIN ditekankan sebab suara yang serak perempuan
tersebut.
Lelaki tersebut pu pelik. Aish macam mana dia taw nama aku
nie?? Aku tak cakap lagi pun. *dalam hati. Femes jugak noh nama aku. Taksangka pulak
orang boleh kenai.
Selepas sesi perkenalan dan segalanya la. Kalau nak taw
lebih lanjut Tanya la tuannya sendiri. My Mom And My Dad. Mereka pun pulang ke
tanah semenanjung.
Tak sangka pulak tempat tinggal mereka adalah satu kampong.
Haaaa. Memang dah jodoh hamper dekat dah nie. Tapi sayangnya perempuan nie pun
dah dilamar oleh satu family yang ingin menjodohkan perempuan nie dengan anak
mereka.
Masing-masing sedeh. Perempuan nie sedeh sebab dia nak balas
budi dan jasa yang lelaki nie tolong dia semasa di perantawan. Lelaki nie suka
perempuan nie saat mula-mula diorang bertemu. Allah lebih mengetahui apa yang
telah dirancangkannnya.
Sebulan selepas itu perempuan tersebut pun berkahwen dengan
lekaki pilihan keluarganya tanpa membantah. Terpaksalah dia melupakan lelaki
yang hamper mengambil hatinya. Auwmm sedehnya. *touching jap. HAHAHA
Haaaa. Orang tua-tua cakap kalau jodoh tue memang takdapat
dipisahkan. Korang nak taw lelaki yang dijodohkan dengan perempuan tersebut
adalah Samsudin Jusoh. Lelaki yang membantunya masa di Sarawak. Lelaki tersebut
tidak tahu family dah mencari calon isteri untukknya. Dia pasrah disebabkan
perempuan tersebut telah bertunang. Namun apa yang telah dirancang oleh Allah
adalah yang paling terbaek. Mereka bertemu selepas Akad nikah. Akhirnya Cinta
Mereka Bersatu sehingga ke hari ini.
Usia perkahwinan mereka berusia 45 Tahun. Oppps lupa pulak
nak bagitaw nama perempuan tue. Haaa. Nama dia Sharifah Mad Tahir. Bukan Syarifah
Aini.
Shamsudin dan Syarifah =
1. Shaharudin Samsudin
2. Shariza Samsudin
3. Mohd Shaiful Nizam Samsudin
4.
Nurul Syahida Samsudin
5.
Mohd SyahriL Amir Samsudin
So, abes da cita about Cinta Para Artis. Heee. Terima Kasih Ya Allah memberikan aku keluarga yang bahagia.