Bunga-Bunga

Sabtu, 2 Mac 2013

Ayam Bakar Ibunda



Bahan-Bahan :

1/2 ekor ayam
Garam untuk memerap ayam
1 Sudu Serbuk ketumbar
* Sedikit tepung untuk basuh ayam.


1/2 biji bawang putih
2 biji bawang besar merah
20 biji cili kering
2 batang serai
1/2 inci halia
3 sudu susu F&N
* Gula 3 sudu bagi yang takdak susu F&N
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil Sebuk Kunyit
*Bahan-bahan dikisar

Cara-caranya :

Basuh ayam dan perapkan dengan garam.
Masukkan bahan yang dikisar kedalam bekas untuk memerap ayam
Biarkan selama satu atau dua jam perapan ayam tadi
Tuang air yang lebihan yang terdapat dalam bekas ayam yang diperap semasa perap.



Kemudian panaskan oven selama 5 minit sebelum bakar ayam
Masukkan ayam kedalam oven dan buka api atas bawah 250c selama satu jam.
*Ikut oven juga. Kekadang taksama.
Siap dan boleh dihidangkan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan